Assalamualaikum, harap semuanya sihat. Pada blog kali ini , saya ingin menceritakan sedikit tentang peranan tanggungjawab dan kepentingannya dalam kehidupan kita.Jadi , marilah kita sama sama mengambil pengajaran dan iktibar daripada maklumat yang dihidangkan kepada anda pada hari ini.
Anda
tentu selalu mendengar istilah TANGGUNGJAWAB, bukan?
Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap
menerima kewajipan atau tugas”.
Maksud
tanggungjawab di atas semestinya sangat mudah untuk difahami oleh setiap orang.
Tetapi jika kita diminta untuk melakukannya sesuai dengan definisi
tanggungjawab tadi, maka seringkali masih merasa susah, merasa berat, bahkan
ada orang yang merasa tidak sanggup jika diberikan kepadanya suatu
tanggungjawab.
Kebanyakan orang mengelak bertanggungjawab,
kerana jauh lebih mudah untuk “menghindari” tanggungjawab,
daripada “menerima” tanggungjawab.
Banyak
orang mengelak bertanggungjawab, kerana memang lebih mudah melarikan diri dari
tanggungjawabnya, daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegas
bahawa, “Ini tanggungjawab saya!” Banyak orang yang sangat senang
dengan melempar tanggungjawabnya ke bahu orang lain.
Oleh
kerana itulah muncul satu peribahasa,
“lempar batu sembunyi tangan”.
Sebuah
peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas
perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban
tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas
tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya
sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.
Sebahagian
orang, oleh kerana tidak dapat memahami maksud dari sebuah tanggungjawab;
seringkali dalam kehidupannya sangat menyukai pembelaan diri dengan kata-kata, “Itu
bukan salahku!”
Sudah
terlalu banyak orang yang dengan sia-sia, menghabiskan waktunya untuk
menghindari tanggungjawab dengan jalan menyalahkan orang lain, daripada mahu
menerima tanggungjawab, dan dengan gagah berani menghadapi tantangan apapun di
depannya.
Banyak
kejadian di negara kita ini, yang disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,
malah sering dimenangkan atau diberikan bantuan berlebihan oleh lingkungannya
dengan sangat tidak masuk akal.
Sungguh
sangat menyedihkan. Di masa kini, kita memiliki banyak orang yang mengelak
bertanggung jawab; kerana mereka ini mendapatkan keuntungan dari sikapnya itu.
Dan
gilanya, “lepas tanggungjawab” itu sering digalas oleh lingkungan dekatnya,
teman-temannya, anak buahnya, atasannya, anak kandungnya, bahkan digalas oleh
isteri atau suaminya. Anda boleh lihat, contohnya, amalan rasuah, dan penyelewengan.
Sebahagian besar orang-orang di lingkungan dekatnya pasti terbeban, kerana
mereka semua pasti dapat merasakan hasil-hasil dari amalan rasuah, dan
penyelewengan itu.
Apakah
dunia kita ini sudah dekat dengan hari kiamat?
Cubalah
kita fahami, kalimat mulia berkaitan dengan tanggungjawab, di bawah
ini:
“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan
kamu bertanggungjawab atas kepimpinan
itu”. (Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)
“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)
“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)
Semoga
kita semua boleh memahami makna tanggungjawab yang sebenarnya dalam kehidupan
ini.
0 comments:
Post a Comment